Masyarakat Melayu Loughborough

Menjana Jalinan Ukhuwah

Salam Perkenalan

Masyarakat Melayu Loughborough atau singkatannya MML diwujudkan oleh penuntut Melayu dari Malaysia yang melanjutkan pengajian sarjana di Loughborough dan Sutton Bonington, Leicestershire, United Kingdom.

Selain dari warga Melayu dari Malaysia, komuniti MML juga terbuka kepada pelajar dan penduduk tetap keluarga Melayu dari Singapura, Brunei dan juga Indonesia.

Blog ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang mungkin berguna kepada keluarga dan bakal keluarga yang akan bermastautin di Loughborough, UK.