Masyarakat Melayu Loughborough

Menjana Jalinan Ukhuwah


Leave a comment

Majlis Maulid Nabi 2013

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekelian alam. Tiada tuhan selain Dia dan Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan-Nya. Dengan izin Allah S.W.T warga MML sekali lagi telah menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H yang diadakan pada 26 Januari 2013 yang lalu. Sambutan kali ini diadakan di Loughborough Islamic Centre, Forest Road, LE11 3HT. Program bermula pada pukul 3 petang dimulakan solat Asar berjemaah.

Kemudiaan diteruskan dengan pengisian Ceramah Maulid Nabi yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Nik Hafiz Hassan. Ceramah yang disampaikan sangat memukau kehadiran ramai warga MML yang terdiri daripada pelajar postgraduate dan keluarga serta pelajar-pelajar undergraduate yang belajar di sekitar Loughborough. Ceramah yang disampaikan menyingkap kembali sejarah kehidupan Baginda Rasulullah S.A.W., keperibadian Baginda ketika kecil sehinggalah Baginda wafat yang mana Baginda sentiasa ditemani oleh keluarga dan sahabat-sahabat demi menegakkan agama Allah dibumi ini walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang dihadapinya. Warga MML bukan hanya sekadar menyambut hari keputeraan Nabi, namun program seperti ini sedikit sebanyak telah memberi kesedaran betapa kerdilnya kita dan jauhnya kita jika dibandingkan dengan pengorbanan rasul Allah dalam menyebarkan dakwah kepada umat manusia ketika itu. Ustaz juga berpesan agar semua yang hadir supaya sentiasa istikhamah dalam menyebarkan dakwah kepada sesama kita dan juga di kalangan non-muslim di bumi UK dan juga dimana-mana sahaja. Tunjukkanlah akhlak dan keperibadian seperti Rasullullah dalam usaha untuk menunjukkan bahawa Islam ini adalah agama yang paling sempurna tiada agama yang setanding dengannya.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan selawat yang dipimpim oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Fauzi Jumingan. Seusai selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. hadirin dijamu dengan makanan yang dibawa oleh warga MML. Majlis tamat selepas solat Magrib berjamaah pada pukul 5.30 petang.  

 

Laporan disediakan oleh Tuan Shafizal Mat.


Leave a comment

Seminar kekeluargaan “ISLAMIC PARENTING: RAISING UPRIGHT CHILDREN”

Seminar kekeluargaan “ISLAMIC PARENTING: RAISING UPRIGHT CHILDREN” anjuran IKRAM United Kingdom & Ireland dengan kerjasama Malaysian Posgraduate Association UK & Ireland (MPA) dan Masyarakat Melayu Loughborough (MML) telah berjaya diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi individu Islam yang unggul sekaligus membentuk sebuah keluarga dan masyarakat muslim yang mencapai tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi Allah SWT ini. Seminar tersebut telah diadakan pada 1 Disember 2012 bermula pada pukul 9.00 di Jubilee Room, John Storer House, Ward’s End, Loughborough.

IMG_5194

IMG_5240

 

Seminar tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan masyarakat melayu United Kingdom. Penceramah jemputan iaitu Dr. Alizi Alias adalah merupakan Assistant Profesor dari Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kini, beliau merupakan Visiting Scholar di School of Natural and Sciences University of Gloucestershire. Beliau sangat aktif dalam memberi ceramah berkaitan dengan Islamic parenting di Malaysia.

IMG_8315

IMG_5266

Majlis penutup program tersebut telah disempurnakan oleh wakil dari Education Malaysia iaitu Cik Wan Nooraribah Ishak.

IMG_8323

 

Laporan ditulis oleh En. Shafizal Mat

Kredit gambar kepada En. Zainal Abidin Adlin


Leave a comment

Majlis Jamuan Aidil Adha dan Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Baru Sesi 2012/2013

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada 11 November 2012 yang lepas, telah diadakan Majlis Jamuan ‘Aidil ‘Adha dan juga pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru bagi sesi 2012/2013. Bertempat di Kegworth Village Hall, Nottingham Road, majlis bermula pada pukul 12 tengahari dengan acara ramah mesra dan makan tengahari. Selepas itu, undian dan pemilihan dijalankan. Seramai 4 orang dari 9 orang calon telah dipilih oleh rakyat jelata untuk jawatan Majlis Tertinggi iaitu Penghulu, Naib Penghulu, Setiausaha dan Bendahari. Bagi calon-calon yang tidak terpilih, telah pun diserap sebagai tenaga sokongan. Majlis selesai pada jam 3 petang.

Sesi bergambar

Sesi bergambar beramai-ramai Keluarga MML. (Kredit gambar kepada Saudara Tuan Khalid Tuan Mat)

Simbolik penyerahan amanah dari Mantan Penghulu Saudara Shahrol Mohamaddan  kepada Saudara Mohd Shukri, Penghulu baru bagi MML 2012/2013

Simbolik penyerahan amanah dari Mantan Penghulu Saudara Shahrol Mohamaddan (kanan)  kepada Saudara Mohd Shukri (kiri), Penghulu baru bagi MML 2012/2013. (Kredit gambar kepada Saudara Tuan Khalid Tuan Mat)


Leave a comment

Jamuan Eid Mubarak (Aidulfitri) MML 2011

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Hari Raya Aidifitri…..

MML akan mengadakan Majlis Jamuan Raya MML 2011 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maklumat berkenaan majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10/9/2011
Masa: 10 am – 2pm
Tempat: Rosebery St Peter’s Community Center, Storer Road, LE11 5EQ

Untuk makluman, makanan disediakan adalah secara POTLUCK oleh setiap keluarga membawa juadah hari raya masing-masing.  Peralatan jamuan dan minuman akan disediakan oleh AJK MML. Berkenaan tentatif majlis tersebut akan diumumkan kemudian.
Semoga semua warga MML dapat melapangkan masa dan dapat menghadirkan diri bersama keluarga untuk memeriahkan majlis tersebut.


Leave a comment

Program Penghayatan Isra’ Mikraj – MML 2011

Assalammualaikum wbt..

 Program Penghayatan Isra’ Mikraj

 “…Satu-satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Peristiwa ini adalah satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan beragama…”(SeyyedHossein Nasr, 1994, hlm.16).

 Bersempena tanggal 27 Rejab yang bakal menjelma, InsyaALLAH satu program penghayatan peristiwa Isra’ Mikraj akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 Tarikh : 26 Jun 2011M (24 Rejab 1432H) Sabtu

Masa: 10.00 pg – 1 tgh

Lokasi: Markaz Islam Loughborough, 257 Forest Road, LE11 3HT.

 Tentatif program:

Masa Perkara Catatan
10.00pg Ketibaan warga MML  
10.30 pg Ceramah Penghayatan Isra’ Mikraj Oleh Ybg. Ustaz Najmi
11.30 pg Gotong royong perdana MML Membersihkan persekitaran Markaz Islam Lboro. Diharap sahabat semua dapat membawa kelengkapan dan peralatan sendiri utk gotong royong.
12.45 tgh Jamuan Ringan Sama-samalah kita berkongsi juadah secara “Potluck”
1.10 tgh Solat Zohor berjemaah  
1.30 tgh Gotong royong bersambung Jika perlu

 Bersamalah kita menghayati pengertian Isra’ Mikraj.

 Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Surah al-Israa: ayat 1).

 

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.

(Surah an-Najm: ayat 13-18).

 


Leave a comment

Aktiviti HELWA – Majlis Tahlil

Assalamu’alaikum wbkth…
 
Kepada: Semua warga HELWA
Perkara: Tahlil 
Tarikh: 17/6/2011
Jam: 6.00 – 8.00 pm
Alamat: 110 LEOPOLD STREET              LE11 5DW

             (Rumah Kak Azizah/Ben)

  

 

“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah)”