Masyarakat Melayu Loughborough

Menjana Jalinan Ukhuwah

4. Bagaimana dengan Penjagaan Kesihatan?

Setiap ahli keluarga anda yang akan tinggal di UK perlu mendaftar dengan Skim Kesihatan Nasional (NHS – National Health Service). Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana klinik (GP) berdekatan. Jika anda telah membuat pemerikasaan kesihatan di Malaysia, sila bawa dokumen-dokumen berkenaan termasuk bukti laporan kesihatan anak-anak yang telah di inoculated/vaccinated untuk BCG, smallpox, Polio etc. Biasanya bukti-bukti ini boleh didapati di belakang sijil kelahiran kanak-kanak. Anda akan menjimatkan masa utk menerangkan pada GP tentang sejarah kesihatan anak-anak anda jika anda mempunyai semua dokumen kesihatan tersebut. Perkhidmatan NHS adalah percuma, walaubagaimanapun ubat-ubatan kena dibeli sendiri. Untuk mendapat ubatan percuma, kena isi borang HC1 dari Presciption Pricing Authority (PPA), ianya boleh didapati dimana-mana klinik berdaftar dengan NHS. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://www.nhs.uk dan http://www.ppa.org.uk/ppa/HC1_form_intro.htm untuk borang HC1.