Masyarakat Melayu Loughborough

Menjana Jalinan Ukhuwah

8. Bagaimana dengan persekolahan anak-anak?

Persekolahan adalah percuma di UK. Anak-anak boleh didaftarkan di mana-mana sekolah yang berhampiran. Penggal sekolah bermula pada awal bulan September tiap-tiap tahun. Biasanya, kanak-kanak yang berumur 3 tahun pada 1 September akan dibenarkan memasuki tadika (playgroup). Kanak-kanak yang berumur 5 tahun akan memasuki tahun 1. Biasanya kedua-dua tadika dan sekolah rendahnya diuruskan di tempat yang sama.