Masyarakat Melayu Loughborough

Menjana Jalinan Ukhuwah

Islamic Awareness Week

Leave a comment

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan bahawa LSUIS meminta jasa baik MML dan Arab Saudi menyediakan makanan untuk jamuan selepas ceramah semasa Islamic week (25-29/Februari/ 2008), iaitu selama lima hari, bertempat di James France. Kebiasaannya, ceramah tamat pada jam 8.00 mlm. Mengikut maklumat yang diterima, pada masa-masa lepas, jumlah kehadiran adalah di sekitar 50 orang dalam setiap sesi ceramah.

Pihak Arab Saudi telah pun bersetuju menyediakan sebahagian daripada makanan tersebut. Untuk mengelakkan kurangan atau lebihan yang banyak, kita anggarkan jumlah yang diperlukan daripada MML adalah untuk 25-30 orang sahaja.

AJKMML juga telah berbincang dan bersetuju untuk membantu menyediakan makanan secara potluck mengikut zon. Oleh keranan aktiviti dilakukan secara lima hari, maka kita membuat persempadanan baru (demam pilihanraya) wilayah-wilayah MML kepada lima zon: Bandar, Braddon & Sutton, Buckingham, Burliegh, Buckingham, dan Tesco. Setiap zon akan menyediakan potluck untuk salah satu hari daripada hari-hari tersebut – Zon Bandar: 25/2, Zon Braddon & Sutton: 26/2, Zon Burleigh: 27/2, Zon Buckingham: 28/2 dan Zon Tesco 29/2.

Untuk tujuan pengurusan dan penyediaan makanan di atas, ketua-ketua zon telah dilantik seperti berikut

Zon Bandar : Kak Yong
Zon Braddon & Sutton : Aryani
Zon Buckingham : Kak Harlina
Zon Burleigh : Kak Amna Saad
Zon Tesco : Aslina Saad

Menu adalah terbuka seperti mee/bihun goreng, atau kuih-kuih tradisional melayu dan boleh berbincang dengan ketua zon masing-masing.

Semoga usaha-usaha kecil ini akan diberkati oleh Allah hendaknya.

Abang Zaid…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s