Assalammualaikum wbt..
Program Penghayatan Isra’ Mikraj
“…Satu-satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Peristiwa ini adalah satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan beragama…”(SeyyedHossein Nasr, 1994, hlm.16).
Bersempena tanggal 27 Rejab yang bakal menjelma, InsyaALLAH satu program penghayatan peristiwa Isra’ Mikraj akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 Jun 2011M (24 Rejab 1432H) Sabtu
Masa: 10.00 pg – 1 tgh
Lokasi: Markaz Islam Loughborough, 257 Forest Road, LE11 3HT.
Tentatif program:
| Masa |
Perkara |
Catatan |
| 10.00pg |
Ketibaan warga MML |
|
| 10.30 pg |
Ceramah Penghayatan Isra’ Mikraj |
Oleh Ybg. Ustaz Najmi |
| 11.30 pg |
Gotong royong perdana MML |
Membersihkan persekitaran Markaz Islam Lboro. Diharap sahabat semua dapat membawa kelengkapan dan peralatan sendiri utk gotong royong. |
| 12.45 tgh |
Jamuan Ringan |
Sama-samalah kita berkongsi juadah secara “Potluck” |
| 1.10 tgh |
Solat Zohor berjemaah |
|
| 1.30 tgh |
Gotong royong bersambung |
Jika perlu |
Bersamalah kita menghayati pengertian Isra’ Mikraj.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).