Masyarakat Melayu Loughborough

Menjana Jalinan Ukhuwah

5. Bagaimana dengan pembukaan Akaun Bank?

Dokumen yang diperlukan:

· Pasport

· Salinan asal surat rasmi dari penaja

· Salinan asal pengakuan pelajar dari universiti— boleh didapati dari Student Enquiries atau Postgraduate Taught Admissions Office di Building Administration 2.

· Bukti alamat rumah di Malaysia (contoh bil, surat tawaran Universiti, lesen kereta)

· Bukti alamat rumah di UK (Bil gas, elektrik, telephone) – jika suami dan isteri bercadang buka akaun di UK, elok letak sebahagain bil atas nama suami/isteri.

Sesetengah bank seperti Royal Bank Of Scotland, Natwest, Lloyds TSB dan Barclays. Untuk HSBC, jika dapat bawa “referal letter” dari Malaysian branch untuk buka akaun di UK, lagi senang.

* Tempoh masa: 1 – 3 minggu diperlukan untuk membuka akaun bank.

Oleh itu anda dinasihatkan membawa wang tunai atau traveler’s check secukupnya dalam GBP sekadar kegunaan selama 2 hingga 4 minggu untuk memulakan kehidupan baru di Loughborough.

Cadangan berkaitan urusan kewangan/ membuka akaun bank.

Walaupun ia berbentuk cadangan, disyorkan kesemua calon mengikuti kaedah ini. Seperti yang kita sedia maklum, proses dan prosedur membuka akaun di UK adakalanya berubah-ubah. Adakalanya, untuk membuka akaun dan menunaikan bank draf memakan masa diantara 1-2 bulan manakala komisen untuk menunaikan traveller cheque agak tinggi.

  1. Buka akaun HSBC di Malaysia. Usahakan sama ada dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri seandainya ‘cheque’ dari KPT agak lewat. Langkah terbaik, jika menerima cheque KPT lebih awal, bank-in jumlah yang berpatutan. Jumlah yang besar dapat memudahkan urusan buka akaun.
  2. Di Loughborough sendiri terdapat sebuah cawangan HSBC, dan kad ATM yang dikeluarkan di Malaysia boleh digunakan disini. Aktifkan dulu kad ATM (di mesin ATM) untuk kegunaan luar Negara.
  3. Charge yang dikenakan untuk setiap kali pengeluaran wang tunai di ATM HSBC di UK hanyalah RM5. Berbanding telegraph atau traveller cheque, komisen agak tinggi (dalam GBP).
  4. Setibanya di UK, wang yang boleh dikeluarkan menggunakan kad ATM (Malaysia) di mana-mana ATM HSBC. Had keluaran agak tinggi, kalau tidak silap sehingga GBP600 (caj yang dikenakan hanya RM5). Malah jumlah ini lebih tinggi berbanding had keluaran yang ditetapkan pada akaun yang dibuka di UK ( GBP200-300). Had keluaran ini boleh dirunding semasa membuka akaun (sila rujuk kakitangan bank di Malaysia sewaktu membuka akaun).
  5. ATM Maybank juga boleh digunakan di mana-mana mesin pengeluaran di UK (mesti diaktifkan untuk pengeluaran di luar Negara), Cuma caj yang dikenakan agak tinggi. Boleh cuba bank-bank continental yang lain seperti Standard Chartered.
  6. Penggunaan credit card bergantung kepada keperluan individu. Memandangkan hampir semua urusan penempahan tiket/kemudahan/pembayaran dilakukan secara online di UK, adalah baik mempunyai credit card. Guna ketika penting dan perlu sahaja*.

Berdasar pengalaman saya semasa tiba di sini (Ogos 2006), cara di atas banyak membantu urusan kewangan sebelum akaun bank di UK dapat dibuat sepenuhnya. Alhamdulillah, urusan pembukaan akaun di HSBC juga berjalan lancar (seminggu), dan saya menerima mempunyai 3 akaun di sini; Debit Card, Current Account (cheque book) dan credit card. Boleh rujuk kepada saya atau kawan-kawan yang lain kerana term and condition/polisi dan juga promosi sentiasa berubah dan berbeza di antara bank. Saya memilih untuk tidak menggunakan sebarang urusan yang berkaitan dengan traveller cheque dan bank draft.

Sila rujuk ‘term and conditition jika anda memilih untuk membuka akaun pelajar luar Negara (oversea). Walaupun akaun ini lebih mudah dibuka, caj akan dikenakan pada kadar GBP5 – 10. Sentiasa rujuk dan baca dengan teliti setiap produk dan promosi yang ditawarkan.

-Fais-

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.