Salam Sejahtera,
Para Penghulu/Ketua Komnuniti yang dihormati sekalian,
MCCH sedang dalam perancangan untuk menganjurkan :-
1) Hari Imigresen 2010 di Manchester.
2) Peperiksaan BAhasa Melayu (GCSE)
Dengan ini saya meminta jasa baik para penghulu/ketua komuniti sekalian untuk membuat sedikit bancian mengenai jumlah anggota komuniti yang ingin hadir ke MAnchester untuk tujuan memperbaharui passport, mendaftar kelahiran anak, dan perkhidmatan2 Imigresen yang lain, dan juga jumlah calon2 yang akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu (GCSE) pada kali ini.
Kerjasama tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
-Nik Mohd Rizal
Penghulu Manchester
Advertisement