A’kum w.b.t warga MML,
Di sini ingin saya nyatakan bahwa mesyuarat KHAS SUKAN antara AJK MML tempoh hari telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan sukan di antara rumah/kawasan di sepanjang bulan JUN dan JULY 2008.
Diantara sukan yang di bincangkan ialah:
a) Bola sepak
b) Bola Jaring
c) Badminton
d) Bola Tampar
e) Ping Pong
f) Tenis
g) Golf
h) Bowling
Kebanyakkan AJK MML telah diberi tugas tugas khas untuk mengendalikan sukan sukan tersebut sebagai sub-komiti. Nama nama AJK tersebut akan di keluarkan secara bertulis oleh s/u kita, Saudara RIzal. Tugasan adalah untuk menangani masalah logistik seperti venue, sewa, bayaran penyertaan, mod pertandingan, pengadilan dan sebagainya, yang memerlukan kerjasama dari semua pihak.
Mesyuarat juga telah memutuskan untuk melantik ketua rumah/kawasan seperti dinyatakan berikut ini:
1) Kaw. Bandar/ Sekitar Tesco – Ketua, En. Mohd Najib
2) Kaw. Burleigh/ Buckingham – Ketua, Dr. Sarajul
3) Kaw. Sutton/Braddon/ Undergrad – Wan
Ketua ketua adalah mereka yang bukan AJK.
Ketua sukan dengan hormatnya di minta untuk mengenal pasti peserta rumah masing-masing berdasarkan minat dan sebagainya dalam penyertaan setiap sukan di atas. Di minta juga agar setiap ahli MML , sekurang kurang nya menyertai satu sukan (kalau lebih di alu alukan).
Untuk mesyuarat akan datang saya akan menjemput ketua ketua rumah untuk bersama dalam membincangkan program bulan sukan ini.
Mesyuarat berikut nya akan di beritahu kemudian.
Nama rumah sukan dan tema boleh di fikirkan bersama atau dibincang di mesyuarat akan datang.
Sekian, terima kasih,
Ahmad Roshidi & Amna Saad
Bahagian Sukan & Rekreasi MML 2008